Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Malaysia cadang empat langkah utama tangani isu Palestin

    KUALA LUMPUR, 8 OGOS – Malaysia mencadangkan empat langkah utama untuk menyokong perjuangan Palestin, termasuk penubuhan kumpulan tokoh terkemuka yang ditugaskan untuk menilai dan mengenal pasti langkah bagi melaksanakan Pendapat Nasihat Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

    Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan membentangkan cadangan itu ketika menyampaikan Kenyataan Negara semasa mesyuarat tergempar yang diadakan oleh Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

    Beliau berkata, cadangan itu menekankan keperluan untuk memperluas sokongan global kepada Palestin dengan memanfaatkan keputusan ICJ dan kesepakatan yang dicapai oleh puak Palestin melalui Deklarasi Beijing.

    “Langkah-langkah itu perlu memberi tumpuan kepada bidang kuasa sejagat dan memastikan pelaksanaan undang-undang antarabangsa secara konsisten,” katanya semasa sesi mesyuarat yang diadakan di Jeddah, pada Rabu.

    Kedua, Malaysia menggesa supaya Jawatankuasa Khas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Menentang Aparteid dikembalikan, kata menteri itu.

    Rakyat Palestin memeriksa kemusnahan di Deir el-balah di tengah Semenanjung Gaza, pada 7 Ogos, berikutan pengeboman Israel. – AFP

    Tugas utama jawatankuasa ini adalah untuk menghentikan pendudukan haram Wilayah Palestin (OPT) oleh Israel dan menangani dasar aparteid yang dikenakan ke atas rakyat Palestin.

    Ketiga, Malaysia mencadangkan agar OIC bekerjasama dengan negara-negara sehaluan untuk meminta Sidang Khas Tergempar  Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) ke-10 mengenai Isu Palestin disambung semula.

    “Cadangan ini adalah untuk membincangkan cara dan kaedah untuk melaksanakan atau “memberi kesan” kepada Pendapat Nasihat ICJ.

    “Akhir sekali, kita harus memberikan sokongan tidak berbelah bahagi dan membantu membina semula ekonomi dan kehidupan rakyat Palestin selepas konflik.

    “Ini adalah langkah penting yang akan memudahkan mereka kembali kepada kehidupan normal,” katanya.

    Susulan pembunuhan Ismail Haniyeh yang juga ketua biro politik Hamas, Malaysia menggesa usaha bersama bagi melawan propaganda dan maklumat salah Israel. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda