Sunday, May 5, 2024
29 C
Brunei

    -

    Malaysia gesa diwujudkan agensi PBB urus isu air

    KUALA LUMPUR, 24 MAC – Malaysia mencadangkan diwujudkan sebuah agensi khusus untuk air di peringkat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi melaksanakan Agenda Tindakan Air, kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim,
    Nik Nazmi Nik Ahmad.

    Bercakap sempena Persi-dangan Air 2023 PBB di New York, Amerika Syarikat kelmarin, beliau berkata Agenda Tindakan Air memerlukan rangka kerja yang menegaskan mengenai peranan air sebagai tonggak yang menghubungkan hasil sosial, alam sekitar, ekonomi dan budaya.

    Perkara ini, katanya, harus dijadikan agenda tetap dalam rangka kerja PBB.

    “PBB perlu terus membantu mewujudkan mekanisme bagi membolehkan negara maju menyediakan bantuan kewangan dan teknikal, dan pembangunan kapasiti untuk mempercepatkan pencapaian SDG 6 (Matlamat Pembangunan Mampan 6),” katanya.

    Nik Nazmi turut meminta masyarakat global memperakui bahawa krisis iklim adalah krisis air memandangkan dunia berdepan kekurangan air, peruntukan sanitasi yang tidak mencukupi, serta bencana yang lebih teruk dan kerap serta kejadian cuaca ekstrem.

    Nik Nazmi menegaskan bahawa Panel Antara Kerajaan mengenai Perubahan Iklim dalam Laporan Penilaian Keenam memaklumkan bahawa golongan yang paling terdedah sering terjejas secara tidak seimbang dan diketepikan secara  berlebihan sekali gus mencetuskan cabaran besar untuk pembangunan selatan global.

    “Perubahan iklim memburukkan dan melebarkan jurang pembangunan sedia ada. Air adalah tumpuan untuk menangani isu ini,” tambahnya.

    Selain itu, beliau juga menggesa satu rangka kerja diadakan untuk daya tahan dan ia harus bermula dengan air, dengan menggabungkan iklim, alam sekitar dan pembangunan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...