Sunday, May 5, 2024
29.6 C
Brunei

    -

    Penerbangan dibatalkan akibat mogok di Jerman

    BERLIN, 24 MAC – Lapangan Terbang Munich Jerman terpaksa membatalkan semua penerbangan yang dijadualkan pada Ahad dan Isnin depan akibat mogok, lapor agensi Anadolu.

    “Tiada penerbangan awam dijadual pada Ahad, 26 Mac dan Isnin, 27 Mac di Lapangan Terbang Munich akibat mogok,” menurut pihak berkuasa lapangan terbang dalam satu kenyataan.

    Penumpang yang telah membuat tempahan pada hari berkenaan diminta menghubungi syarikat penerbangan atau operator pelancongan mereka.

    Kesatuan sekerja Jerman kelmarin melancarkan mogok di seluruh negara ekoran pertikaian mengenai gaji dan persekitaran kerja. 

    Lapangan Terbang Frankfurt, antara hab antarabangsa utama juga mengumumkan bahawa mogok itu dijangka menyebabkan gangguan besar pada Isnin.

    Seorang wakil kesatuan sekerja melekat poster bertulis ‘Amaran mogok!’ dan risalah pada papan di Terminal 2 kosong di Lapangan Terbang Hamburg, Jerman, pada 12 Mac – AP

    Operasi di Lapangan Terbang Frankfurt akan terganggu sepanjang hari pada 27 Mac. 

    Penumpang dinasihatkan supaya mengelak daripada pergi ke lapangan terbang, menurut pengendali itu dalam satu kenyataan.

    Kesatuan itu mewakili kira-kira 2.5 juta pekerja sektor awam, menuntut kenaikan gaji 10.5 peratus dan tidak kurang daripada €500 di tengah-tengah inflasi yang melambung tinggi dan krisis kos sara hidup.

    Rundingan pusingan baharu dijangka bermula minggu depan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...