Thursday, May 2, 2024
23.9 C
Brunei

    -

    Mandy Moore bakal kembali dalam The Princess Diaries 3?

    Peminat filem antarabangsa tentu sahaja mengetahui karya The Princess Diaries yang memperlihatkan Anne Hathaway sebagai seorang puteri raja.

    Sejak filem itu dilancarkan 2001 manakala sekuel pada 2004, sehingga ke hari ini peminat tetap menantikan kesinambungan perjalanan kehidupan Puteri Mia dan kekasihnya Nicholas.

    Tidak terkecuali salah seorang pelakon filem terbabit, Mandy Moore yang mengakui mengharapkan wataknya, Lana dapat menjadi sahabat baik kepada Puteri Mia.

    “Dalam filem sebelum ni Lana sangat kejam kepada Puteri Mia dan sanggup memalukannya di depan umum.

    “Sekiranya diberi peluang untuk bersama lagi, saya ingin melihat kedua-dua watak itu menjadi sahabat baik,” katanya.

    Kenyataan Moore itu lantas mencetuskan spekulasi mengenai pembikinan filem The Princess Diaries 3 yang dikatakan bakal menjalani penggambaran.

    Moore turut mengatakan masih belum terlambat untuk menghasilkannya kerana perbincangan mengenai perkara itu sudah dilakukan beberapa tahun lalu. Bagaimanapun wujud juga tanggapan mengatakan perkara itu sekadar khabar angin dan masih belum menemui kebenarannya. – Agensi

    Menerusi kenyataan Moore telah mencetuskan spekulasi mengenai pembikinan The Princess Diaries 3 yang dikatakan bakal menjalani penggambaran. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bangladesh catat suhu paling panas bulan April

    DHAKA, 1 MEI - Biro cuaca Bangladesh berkata hari ini bahawa bulan lalu merupakan bulan paling panas dalam rekod, dengan negara Asia Selatan dan...