Saturday, April 27, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Dua beradik bersatu semula selepas 75 tahun

    BHATINDA, INDIA, 12 OGOS – Air mata kegembiraan membasahi pipi seorang pekerja buruh India yang akhirnya bertemu abang tersayang dari Pakistan buat pertama kalinya selepas terpisah dari tahun 1947.

    Sika Khan terpisah dengan abangnya Sadiq Khan, 75 tahun lalu apabila Britain memisahkan India dan Pakistan pada akhir pemerintahan kolonial.

    Ketika itu, Sika baru berusia enam bulan manakala abangnya berusia 10 tahun apabila pertumpahan darah berlaku membabitkan lebih sejuta orang termasuk bapa dan kakak mereka, sebelum Pakistan dan India dipisahkan melalui ‘Partition’.

    Ketika berlakunya pertumpahan darah itu, Sadiq berjaya melarikan diri ke Pakistan.

    Namun, pada Januari lalu, mereka akhirnya bertemu di laluan tanpa visa, koridor Kartarpur yang membolehkan jemaah Sikh India melawat sebuah kuil di Pakistan.

    Menurut Sika, walaupun sudah terpisah puluhan tahun lamanya, namun kasih sayang antara mereka tetap utuh.

    “Saya dari India dan abang dari Pakistan, tetapi kami sangat menyayangi antara satu sama lain. Kami berpelukan dan menangis apabila bertemu buat kali pertama… Pakistan dan India boleh terus berjuang. Kami tidak peduli dengan politik dua negara ini,” katanya sambil menggenggam gambar keluarganya yang kelihatan pudar.

    Mengimbau semula memori hitam itu, Sika berkata ibunya yang tidak dapat menahan kesedihan dan trauma akibat kejadian itu akhirnya membunuh diri dengan terjun ke dalam sungai.

    “Saya ditinggalkan bersama orang kampung dan beberapa sanak saudara yang membesarkan saya,” katanya yang ditemui di rumahnya di Bhatinda, sebuah daerah di negeri Punjab di barat India. – AFP

    Gambar serahan Youtuber Nasir Dhillon menunjukkan Sika Khan (kanan) sambil menangis memeluk abangnya Sadiq Khan dari Pakistan berhampiran sempadan di koridor Kartarpur, selepas bertemu buat kali pertama sejak terpisah pada tahun 1947. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...