Saturday, May 4, 2024
24 C
Brunei

    -

    Manfaatkan hujung minggu bersama keluarga

    Oleh Nurdiyanah R.
    Gambar serahan Ajees

    TUTONG, 29 MEI – Sambutan Hari Keluarga Peringkat Mukim Telisai telah diadakan di kawasan Taman Rekreasi Tumpuan Telisai, kelmarin dengan hasrat bagi memupuk nilai kekeluargaan dan persaudaraan serta persahabatan dalam memanfaatkan masa hujung minggu.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan, juga selaku Ketua Kampung Sengkarai, yang turut merasmikan sesi pelepasan acara kayuhan dan menyertai riadah berjalan kaki pada acara tersebut.

    Dalam temu bual bersama Media Permata, Yang Berhormat Awang Abdul Aziz berkongsi pandangan bahawa acara itu sangat baik dilaksanakan dari semasa ke semasa, karena dapat memupuk semangat silaturahim bukan hanya dalam kalangan keluarga terdekat, tetapi juga penduduk kampung di mukim tersebut.

    “Saya berharap program seperti ini dapat diteruskan dan diselenggarakan di mukim-mukim lain, karena ini adalah peluang bagi kita semua untuk berkumpul, saling mengenal, dan berbagi pengalaman serta idea untuk meningkatkan potensi diri bersama,” ujarnya.

    Bagi memberkati majlis, bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Kesyukuran telah dipimpin oleh Penghulu Mukim Telisai Tutong, Awang Haslan Bin Haji Shahbudin, juga pengerusi majlis seterusnya menyampaikan ucapan alu-aluan.

    Sebelum acara kayuhan berbasikal dan riadah berjalan kaki dimulai, dilakukan pemanasan tubuh bersama.

    Lebih 20 pengusaha yang terdiri daripada majlis perunding kampung dan penduduk kampung di bawah Mukim Telisai telah menyertai gerai jualan tersebut.

    Yang Berhormat Awang Abdul Aziz semasa menyertai riadah berjalan kaki pada acara tersebut.
    Yang Berhormat Awang Abdul Aziz (kanan) semasa menyampaikan hadiah bertuah cabutan kepada salah seorang peserta kayuhan basikal di akhir acara tersebut.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...