Monday, September 16, 2024
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mangsa banjir di Perak kekal 105 orang

    IPOH, 11 OGOS – Mangsa banjir di Perak kekal 105 mangsa daripada 36 keluarga setakat 8 pagi ini yang ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS).

    Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Perak dalam kenyataan memaklumkan PPS di daerah Hulu Perak dibuka sejak semalam berikutan bencana banjir yang menjejaskan tiga kampung iaitu Kampung Badariang, Kampung Sira Panas dan Kampung Padang.

    “Sebanyak 64 orang daripada 21 keluarga berlindung di Sekolah Kebangsaan Basia Lama, manakala 41 orang daripada 15 keluarga berada di Sekolah Menengah Kebangsaan Gerik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan daerah Larut, Matang dan Selama, Kerian, Manjung, Perak Tengah dan Hilir Perak dijangka mengalami ribut serta hujan pada sebelah pagi dan petang ini.

    Dalam pada itu, Jabatan Pengairan dan Saliran memaklumkan paras air Sungai Kerian di Selama berada pada tahap bahaya dengan iaitu 12.99 meter. – Bernama

    Antara mangsa banjir dari enam kampung yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Serbaguna Kampung Sekolah di Hulu Bernam pada 5 Ogos. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda