Saturday, May 4, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Medvedev kecundang di tangan Kyrgios

    MONTREAL, 11 OGOS – Nick Kyrgios berjaya menewaskan juara bertahan Daniil Medvedev 6-7(2), 6-4, 6-2 dalam kejohanan tenis Terbuka Kanada.

    Kyrgios, pemain dari Australia yang kini menduduki tangga ke-37, memenangi Terbuka Amerika Syarikat (AS), manakala Medvedev juarai satu perlawanan yang diadakan di Los Cabos, Mexico minggu lalu.

    “Hari ini, objektif untuk bermain sangat jelas iaitu dengan cara servis dan voli, banyak bermain secara agresif dari belakang,” kata Kyrgios. “Saya bermain dengan sangat baik berbanding Medvedev. Dia menang pada set pertama dan saya merasakan saya mempunyai peluang untuk mendahului permainan.”

    Dalam kejohanan tersebut, Kyrgios berjaya menumpaskan pemain dunia itu dengan kiraan 3-1 serta telah memenangi 14 daripada 15 perlawanan dan tewas kepada Novak Djokovic dalam kejohanan akhir Wimbledon.

    Dalam perlawanan berasingan, Tommy Paul dari AS berjaya menewaskan Carlos Alcaraz dari Spain dengan kiraan 6-7 (4), 7-6 (7), 6-3.

    Sementara itu, Jack Draper dari Australia mendahului kejohanan dengan kiraan 7-5, 7-6 (4) menumpaskan Stefanos Tsitsipas dari Greece. – AP

    Daniil Medvedev menyapa Nick Kyrgios yang memenangi kejohanan dalam pusingan kedua kejohanan tenis Terbuka Kanada yang berlangsung di Montreal. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...