Sunday, May 5, 2024
29.6 C
Brunei

    -

    Misil balistik Korea Utara meletup lepas dilancar

    SEOUL, 16 MAC – Korea Utara melancarkan tembakan peluru berpandu balistik yang meletup di udara sejurus selepas dilancarkan, kata Seoul hari ini, dengan penganalisis mengingatkan ia mungkin merupakan kegagalan ujian ‘peluru berpandu raksasa’ Pyongyang.

    Pelancaran itu, ujian senjata kesepuluh Korea Utara pada tahun ini, diadakan selepas Amerika Syarikat (AS) berkata negara itu sedang bersedia untuk menembak misil balistik antara benua (ICBM) ‘pada jarak penuh’ untuk kali pertamanya sejak 2017.

    Meskipun sekatan ketat antarabangsa dikenakan ke atas program senjatanya, Pyongyang melancarkan tujuh ujian misil pada Januari dan dua kali melancarkan komponen ‘satelit pengintipan’.

    Korea Selatan dan AS berkata minggu lalu ujian berkenaan sebenarnya merupakan sistem ICBM yang tidak pernah dilancarkan sebelum ini – mungkin Hwasong-17, digelar ‘misil raksasa’ oleh penganalisis selepas diperkenalkan pada perarakan tentera pada Oktober 2020.

    Misil balistik yang disyaki itu ‘nampaknya meletup di udara sejurus selepas dilancarkan,’ beritahu Ketua Turus Tentera Seoul kepada AFP.

    Penduduk menonton skrin televisyen yang menunjukkan siaran berita dengan gambar fail ujian misil Korea Utara, di stesen kereta api di Seoul kelmarin. – AFP

    Pelancaran dilakukan dari kawasan Sunan di Pyongyang pada kira-kira 9:30 pagi, kata kenyataan – tapak yang sama dengan ujian ‘satelit’ pada 27 Februari dan 5 Mac.

    Korea Utara telah lama berhasrat memiliki ICBM yang mampu membawa pelbagai kepala peluru, dan AS berkata minggu lalu bahawa ujian terbaharu menandakan ‘peningkatan’ program senjata negara itu.

    Namun laman NK News melapokan hari ini pelancaran berakhir ‘dalam kegagalan’ dengan kepulan asap merah kelihatan di langit ketika serpihan jatuh berhampiran ibu negara.

    Tentera AS berkata minggu ini ia telah ‘memperkukuh’ sistem pertahanan peluru berpandu di Korea Selatan.

    Pelancaran yang gagal hari ini menandakan ia bukan ‘misil biasa,’ beritahu sarjana kajian Korea Utara Ahn Chanil kepada AFP. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...