Saturday, May 4, 2024
24 C
Brunei

    -

    Mothercare ketengah kerusi kereta pada jerayawara keselamatan

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 JAN – Mothercare Brunei telah menyertai jerayawara keselamatan jalan raya selama dua hari yang dianjurkan oleh Brunei LNG Sdn Bhd di Kelab Rekreasi Liang Lumut (LLRC), baru-baru ini.

    Pada jerayawara yang dirasmikan oleh Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha yang juga Pengerusi Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya (MKKJR), Mothercare menampilkan jenis kerusi kereta untuk anak damit dan kanak-kanak yang mereka tawarkan.

    Mereka juga memberikan baucar diskaun $30 untuk kerusi kereta kanak-kanak dan diskaun 10 peratus untuk kerusi kereta atau carrier anak damit.

    Pengurus Mothercare, Johnny Arenas dan pasukannya membuat demo kerusi berkenaan dan panduan keselamatan serta faedah dan kepentingan menggunakan kerusi keselamatan semasa dalam perjalanan bagi mereka yang mengunjungi petak tersebut.

    “Kita boleh melakukan lebih baik. Kita mesti melakukan yang lebih baik. Maklumat yang dikongsikan dalam pameran daripada pelbagai rakan kongsi akan memberi manfaat kepada semua,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Brunei LNG, Hajah Farida binti
    Dato Seri Paduka Haji Talib.

    Pengunjung mendengarkan penjelasan mengenai kerusi keselamatan untuk kanak-kanak yang ditawarkan Mothercare semasa jerayawara berkenaan. – Gambar serahan Mothercare

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...