Saturday, May 18, 2024
31.2 C
Brunei

    -

    Puluhan ribu bantah rombakan sistem kehakiman

    TEL AVIV, ISRAEL, 22 JAN — Puluhan ribu rakyat Israel berhimpun di Tel Aviv baru-baru ini untuk membantah rancangan kerajaan baharu Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu untuk merombak sistem kehakiman, langkah yang dikatakan pihak pembangkang membahayakan asas demokrasi negara itu.

    Media Israel, memetik polis, berkata kira-kira 100,000 orang keluar membantah.

    Protes itu menyusuli satu lagi demonstrasi minggu lalu yang turut menarik puluhan ribu untuk membantah Netanyahu dan kerajaan ultranasionalis serta ultra-Ortodoksnya – sayap paling kanan dalam sejarah Israel.

    Kerajaan berkata ketidakseimbangan kuasa telah menyebabkan hakim dan penasihat undang-undang kerajaan terlalu banyak mempengaruhi penggubalan undang-undang dan tadbir urus. Netanyahu telah berjanji untuk meneruskan perubahan walaupun terdapat bantahan.

    Penunjuk perasaan memenuhi jalan tengah di metropolis tepi pantai itu, menaikkan bendera dan sepanduk Israel yang bertulis “Anak-anak Kita Tidak Akan Hidup Dalam Diktator” dan “Israel, Kita Ada Masalah”.

    “Ini adalah protes untuk mempertahankan negara,” kata ketua pembangkang dan bekas Perdana Menteri, Yair Lapid, yang menyertai protes itu. “Orang ramai datang ke sini hari ini untuk melindungi demokrasi mereka.”

    “Semua generasi berasa bimbang. Ini bukan satu gurauan,” kata Lior Student, seorang penunjuk perasaan.

    Protes lain berlaku di bandar Jerusalem, Haifa dan Beersheba. – AP

    Warga Israel mengadakan bantahan di Tel Aviv, Israel, baru-baru ini. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...