Wednesday, September 18, 2024
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    MoU galak perdagangan dalam mata wang Maldives dan China

    NEW DELHI, 13 SEPT – Maldives dan China menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk menggalakkan kerjasama kewangan dan penyelesaian perdagangan menggunakan mata wang tempatan.

    MoU yang ditandatangani antara kerajaan Maldives dan Bank Rakyat China (PBOC) ‘mewujudkan rangka kerja bagi kerjasama yang bertujuan untuk menggalakkan penyelesaian transaksi akaun semasa dan pelaburan langsung dalam mata wang tempatan, memudahkan hubungan perdagangan dan pelaburan yang lebih lancar antara kedua-dua negara’, menurut Kementerian Pembangunan Ekonomi dan Perdagangan Maldives dalam kenyataan hari ini.

    “Perjanjian rangka kerja ini dijangka memudahkan penyelesaian mata wang yang lebih cekap dalam mata wang tempatan, meningkatkan kemudahan bagi peniaga yang terlibat dalam import dari China dan menggalakkan peningkatan pelaburan rentas sempadan antara kedua-dua negara,” katanya.

    Perdagangan China-Maldives adalah lebih AS$700 juta pada 2023 dan China merupakan sumber terbesar ketibaan pelancong asing di Maldives tahun ini. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda