Tuesday, January 14, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Muhyiddin masih berdepan tiga pertuduhan

    KUALA LUMPUR, 15 OGOS – Tiga lagi pertuduhan dihadapi bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA) masih kekal, kata Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun.

    Idrus, dalam kenyataan hari ini berkata kes itu akan disebut di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 19 September ini.

    Bagi pertuduhan di bawah AMLATFPUAA, Presiden Bersatu itu berdepan dua pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM195 juta daripada Bukhary Equity Sdn Bhd yang dimasukkan ke dalam akaun CIMB Bank milik Bersatu.

    Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di CIMB Bank Cawangan Menara KL, Jalan Stesen Sentral di sini antara 25 Februari 2021 dan 16 Julai 2021 serta 8 Februari dan 8 Julai 2022.

    Ahli Parlimen Pagoh itu juga didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 13 Mac lepas atas satu pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM5 juta dan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen di sini untuk dibicarakan bersama. – Bernama

    Muhyiddin ketika sidang media di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda