CHINA – Festival Qixi, acara yang pernah diraikan secara meluas di seluruh China, kini disenaraikan sebagai acara warisan budaya tidak ketara kebangsaan.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, festival ini telah menurun popularitinya kerana minat golongan muda yang memfokuskan kepada gaya hidup yang lebih metropolitan.
Walau bagaimanapun, hari ini, acara dianjurkan di bandar-bandar untuk menghidupkan semula minat orang ramai terhadap perayaan tradisional seperti Qixi.
Muzium Budaya Tradisional Cina di Beijing menawarkan program pada perayaan Qixi tahun ini, yang jatuh pada hari Khamis lalu. Muzium ini memanjangkan waktu pembukaannya untuk mengalu-alukan orang ramai melawat banyak pameran jangka panjang mengenai seni dan kraf China, termasuk ukiran jed, potongan kertas, alat muzik dan lukisan mural, antara lain.
Muzium ini juga menjemput pengunjung untuk menikmati pemandangan mercu tanda se- kitar di tengah-tengah langit malam dengan membuka teres empat tingkat mereka.
Muzium ini juga bekerjasama dengan China Coal Mine Art Troupe untuk mementaskan persembahan deklamasi sajak dan alat muzik tradisional, termasuk pipa, quqin, guzheng dan seruling, menyelami suasana budaya Cina. – ANN/The China Daily