Monday, October 14, 2024
30.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nabila Huda ‘meletup’

    Pelakon asal Malaysia, Nabila Huda meluahkan rasa bengang dan marah terhadap seorang wanita yang didakwa menjadi punca perbalahan.

    Nabila atau Nabila Huda Suhaimi, 40, berkata dia sudah hilang sabar dan memberi amaran kepada individu yang tidak didedahkan identiti itu agar tidak meneruskan sikap suka putar belit.

    “Kaulah punca semua orang berpecah-belah, lepas itu kau buat cerita supaya kau nampak kau mangsa. Kau putar belit.

    “Dah banyak sangat aku bersabar ni. Kau jangan aku tak tau apa kau buat di belakang.

    Industri ini kecik sangat, lebih baik kau berhenti lakukan apa yang kau buat sekarang,” katanya.

    Nabila sudah hilang sabar terhadap individu terbabit. – mStar

    Nabila berkongsi perkara itu menerusi ciapan yang dimuat naik di laman X miliknya pada Jumaat.

    “Kaulah manusia paling jahat yang pernah aku jumpa dalam hidup. Paling jahat, serius.

    Jangan main-main dengan dia. Dia jenis manusia yang dahagakan perhatian.

    “Nak rasa dihargai, nak tunjuk buat kerja bersungguh-sungguh tetapi licik dan ada niat yang tersembunyi.

    “Satu hari nanti aku akan bongkar kejahatan kau. Ingatlah semua orang tak bodoh. Semua layankan saja perangai kau ni. Ingat kesabaran ada hadnya. Kau dah jauh sangat ni,” ujarnya memetik laporan mStar.

    Pelakon filem Rahsia itu juga turut menyifatkan individu tersebut sudah lupa diri dan penuh dengan sikap negatif termasuk hasad dengki serta cemburu.

    Kata Nabila, kuasa dan kekayaan menjadikan wanita berkenaan seorang individu yang berhati keji.

    “Kau ingat kau siapa, hanya kerana kau rasa kau dah berstatus, kau boleh buat orang macam kuli kau?

    “Bila manusia terlalu dahagakan kuasa dan duit, mulalah buruk perangai. Dah mula tak menghormati orang, lupa diri, busuk hati.

    “Tapi tak juga dia ni memang dilahirkan hitam hatinya. Memang dilahirkan jahat, jiwa penuh hasad dengki dan cemburu,” katanya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda