Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nadia tak kisah diasak soal jodoh

    Selagi belum berpunya, pelakon Nadia Brian, 33, tidak rimas mahupun penat dengan pertanyaan jodoh.

    Nadia atau nama sebenarnya, Nadia Najwa Mohamed Rashidi yang sudah empat tahun solo berkata, dia menyifatkan pertanyaan jodoh adalah doa terbaik buat masa hadapannya.

    “Saya tidaklah rimas, sebab pertanyaan jodoh ini seperti orang nak ambil tahu, mestilah saya nak minta orang tolong mendoakan.

    “Bagus juga bila orang bertanya, moga mereka boleh doakan saya dapat jodoh baik, anak dan berbahagia hingga hujung nyawa. Saya nak bahagia seperti orang lain. Jadi, saya tak kisah orang bertanya,” katanya yang ditemui pada sidang media filem Duyung: Legenda Aurora di Wetland Studios, semalam.

    Nadia berkata, dia sentiasa positif apabila soalan mengenai pasangan diajukan kepadanya.

    “Itulah lumrah kehidupan. Biasalah namanya manusia mesti nak berpasangan, berumah tangga dan ada anak. Jadi, tiada masalah kalau orang asyik bertanya dan saya anggap ia sebagai doa,” katanya.

    Dalam pada itu, bintang filem Eva ini tidak menafikan ada lelaki yang mahu berkenalan dengannya, namun dirinya kini sibuk dengan karier seni dan menguruskan perniagaan.

    “Saya tak nafikan banyak terima mesej langsung (DM) dalam dalam Instagram (IG). Ada yang nak berkenalan dan berkawan. Tapi, sekarang saya sangat sibuk bekerja.

    “Jadi, saya tak tahulah adakah ada lelaki yang sanggup bersama saya yang sentiasa sibuk. Bagaimanapun, saya kena hadkan waktu apabila sudah sampai tahap usia tertentu.

    “Jujurnya, saya belum ada sesiapa lagi. Sudah tentu saya mahu yang terbaik dan hubungan berpanjangan, jadi doa yang baik-baik,” katanya. – Agensi

    Nadia tak menafikan ada lelaki mahu mendekatinya, namun kini sibuk dengan karier seni dan menguruskan perniagaan. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda