Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nasti jaring gol kemenangan AC Milan

    NEW YORK, 28 JULAI – Lorenzo Colombo menjaringkan dua gol pada separuh masa pertama sementara Marco Nasti meledak gol kemenangan untuk memberikan AC Milan kemenangan 3-2 ke atas juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City, di New York, kelmarin.

    Penyerang Itali berusia 20 tahun, Nasti, mendahului Milan untuk kekal pada minit ke-78, apabila dia tidak mensia-siakan hantaran tengah dari sayap kanan Belgium, Alexis Saelemaekers, dan seterusnya melakukan rembatan menggunakan kaki kanannya ke arah gawang.

    Beberapa buah pasukan Eropah sedang bersaing dalam perlawanan pra musim yang berlangsung di Amerika Syarikat menjelang permulaan kempen liga mereka bulan depan.

    Penyerang Norway, Erling Haaland membuka jaringan untuk Manchester City pada minit ke-19, tetapi pemain penyerang Itali, Colombo, membalas jaringan tersebut untuk AC Milan pada minit ke-30 dan ke-34 untuk membantu pasukan Itali itu mendahului 2-1 pada separuh masa pertama di Stadium Yankee.

    City menyamakan kedudukan pada minit ke-55 apabila pemain sayap City, Micah Hamilton, menghantar silang bola dari sebelah kiri kotak penalti yang akhirnya berjaya ditanduk masuk oleh pemain penyerang England, James McAtee, ke dalam jaring. – AFP

    Saelemaekers dan Susoho bersaing mendapatkan bola semasa perlawanan persahabatan pra musim di Stadium Yankee pada 27 Julai di New York City. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda