Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Neelofa selamat lahirkan anak damit lelaki

    Pengacara dan usahawan, Neelofa selamat melahirkan anak damit lelaki Selasa lalu pada jam 10:45 malam di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.

    Berkongsi berita gembira itu, Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 34, memaklumkan anak damit keduanya itu dalam keadaan sihat, lapor mStar.

    “Tanggal 11 Julai menjadi hari yang penuh berkat dan rahmat bagi keluarga kami. Putera kedua tercinta kami menjengah dunia dalam keadaan sihat.

    “Mohon doa agar anak kedua ini membesar dengan baik dan cerdas, diberi kesihatan dan umur panjang,” katanya.

    Neelofa membuat perkongsian itu menerusi Instastory miliknya hari ini.

    Neelofa selamat melahirkan cahaya mata kedua. – ANN-NSW

    Dalam pada itu, Neelofa dalam hantaran berbeza memaklumkan akan mengumumkan nama anak damit keduanya itu pada hari ketujuh.

    Sama seperti kelahiran anak pertama sebelum ini, Neelofa dan suami iaitu Pencetus Ummah Haris tidak berkongsi detik kelahiran termasuk gambar anak damit mereka.

    Kelahiran anak Neelofa sebelum ini dinantikan ramai peminat selepas dia membuat pengumuman hamil kali kedua pada Mac lalu.

    Untuk rekod, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 dan mereka turut dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Bilal yang berusia setahun. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda