Saturday, May 4, 2024
26.4 C
Brunei

    -

    Negara kuasa besar terus lobi Turkiye

    ISTANBUL, 23 APRIL – Beberapa buah negara kuasa besar didakwa terus melobi kerajaan Turkiye untuk membatalkan misi Break the Siege: Freedom Flotilla to Gaza bagi menghantar bantuan kemanusian ke Gaza yang dijadualkan berlepas esok.

    Ahli Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalition (FFC), Kamarul Zaman Shaharul Anwar, berkata delegasi dari beberapa buah negara berkenaan kini berada di Ankara, Turkiye untuk mengadakan pertemuan dengan wakil tertinggi kerajaan negara itu.

    “Jadi spekulasi adalah mereka sedang memberi tekanan kepada kerajaan Turkiye dan kita tahu mereka kini berada dalam tekanan bagi membenarkan pelayaran ini diteruskan,” katanya ketika ditemui di Fatih, Istanbul hari ini.

    Untuk itu, wakil tertinggi Insani Yardim Vakfi (IHH) yang merupakan penganjur bersama FFC akan mengadakan pertemuan dengan wakil tertinggi kerajaan Turkiye di Ankara petang ini.

    FFC juga dilaporkan akan mengadakan satu mesyuarat hari ini bagi menilai situasi semasa dan implikasi daripada tekanan yang diterima kerajaan Turkiye ketika ini.

    Ia antara lain bagi menilai adakah misi yang dirancang akan ditangguhkan atau dibatalkan disebabkan asakan kuat negara kuasa besar ini.

    “Apa pun segala keputusan akan bergantung kepada perbincangan yang akan berlaku pada petang ini melibatkan pimpinan tertinggi IHH dengan wakil kerajaan Turkiye di Ankara,” katanya lagi.

    FFC mengumumkan Jumaat lalu ia telah menghantar wakil mereka bagi mengadakan pertemuan dengan wakil tertinggi kerajaan Turkiye di Ankara bagi memastikan kelancaran pelepasan kapal-kapal terlibat dalam misi ini. – Bernama

    Pekerja menyediakan barang penghantaran dari FFC semasa ia berlabuh di pelabuhan Tuzla, berhampiran Istanbul pada 19 April. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...