Saturday, May 4, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Enam ditauliah angkasawan baharu

    COLOGNE, 23 APRIL – Lima warga Eropah dan seorang warga Australia kelmarin telah menamatkan latihan asas dan diberi gelaran baharu iaitu angkasawan.

    Pada satu majlis di Cologne, Jerman, Agensi Angkasa Eropah (ESA) telah menambah lima orang pendatang baharu untuk unit angkasawannya yang layak bagi misi ke Stesen Angkasa Antarabangsa, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan 11 orang.

    ESA telah berunding dengan NASA untuk tiga tempat dalam misi bulan Artemis pada masa hadapan, walaupun tempat itu mungkin akan diserahkan kepada angkasawan yang lebih senior, menurut Ketua Pengarah ESA, Josef Aschbacher.

    Agensi itu juga membekalkan modul perkhidmatan untuk kapsul kru Orion. ESA bergantung pada NASA dan lain-lain untuk membawa angkasawannya ke angkasa lepas.

    Ia merupakan kelas angkasawan keempat sejak 1978 untuk agensi 22 buah negara, dipilih daripada 22,500 pemohon. Kira-kira 12 lagi dipilih sebagai kru simpanan, tetapi tidak dihantar ke latihan asas.

    Kumpulan itu membentuk ‘pasukan yang sangat baik’ tanpa saingan peribadi, kata Aschbacher. “Saya memberitahu mereka, salah seorang daripada awda akan terbang dahulu manakala seorang lagi akan terbang kemudian, dan mereka menerimanya, tetapi dari hati ikhlas, bukan cakap kosong… semangat berpasukan adalah amat ketara.”– AP

    Para angkasawan baharu bergambar ramai pada majlis graduasi calon angkasawan Kelas 2022 di Pusat Angkasawan Eropah di Cologne, Jerman pada 22 April. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jenama rempah-ratus India diperiksa atas faktor kebimbangan kesihatan

    NEW DELHI, 3 MEI - Jenama rempah-ratus India diperiksa pihak berkuasa selepas beberapa negara menghalang penjualan produk keluaran dua syarikat kerana disyaki mengandungi etilena oksida,...