Sunday, May 5, 2024
23.1 C
Brunei

    -

    Nikmat hasil pelaksanaan sistem tagal

    KOTA BELUD, 5 MAC – Penduduk di Kampung Tambulion dekat sini, melindungi sungai mereka melalui sistem tagal iaitu konsep tradisional bagi melindungi dan mengurus sungai di Sabah yang membolehkan ikan membiak lebih banyak.

    Melalui sistem tagal diperkenalkan oleh Jabatan Perikanan Sabah, aktiviti menangkap ikan tidak dibenarkan di kawasan sungai yang dilindungi untuk tempoh tertentu dan hanya boleh dijalankan semasa perayaan sekali gus menyuburkan hidupan sungai terutamanya ikan.

    Baru-baru ini, satu ‘gotong royong monginsada’ atau komuniti memancing diadakan di Sungai Woriu, Tambulion Ulu ketika sistem tagal ditangguhkan sehari bagi membolehkan aktiviti menangkap ikan di sungai itu.

    Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) Prof Datuk Dr Kassim Mansor yang merasmikan acara itu berkata adalah baik menyaksikan sinergi antara masyarakat setempat dan pelbagai agensi kerajaan bagi memastikan sistem tagal berkembang maju sebagai alat bersepadu untuk pengurusan ekosistem.

    “Program tagal ini dapat dilihat melalui gabungan elemen perpaduan, saling menghormati dan gabungan dedikasi untuk memelihara tradisi dalam kalangan masyarakat setempat,” katanya kepada Bernama baru-baru ini. – Bernama

    Penduduk Kampung Tambatuon, Kota Belud menunjukkan ikan pelian (kelah) yang dipancingnya sempena pesta memancing ikan kelah sambutan Tahun Baru 2023 kawasan Tagal Kampung Tambatuaon pada 31 Disember lalu. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...