Saturday, May 18, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    TNB bangunkan sistem lindungi spesies pokok terancam

    KUALA LUMPUR, 5 MAC – Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang membangunkan Tree Hyperspectral Identification System (THySIS), bagi memastikan pembinaan menara penghantarannya tidak menjejaskan spesies pokok terancam.

    Ketua Pegawai Grid TNB, Dev Anandan berkata sistem yang pertama seumpamanya di negara ini, dapat mengesan spesies pokok terancam secara automatik, menggunakan teknik penderiaan jauh.

    “Sistem THySIS ini akan membolehkan kami mengenal pasti flora dan fauna di kawasan terlibat, sebelum mengemukakan cadangan laluan penghantaran, berbanding sebelum ini yang bergantung sepenuhnya kepada maklumat pihak berkuasa hutan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

    Dev berkata sistem itu, akan digunakan apabila Jabatan Perancangan Tanah di TNB mahu mengenal pasti laluan atau jajaran rentis, untuk kerja-kerja pembangunan menara talian penghantaran yang baharu.

    Beliau berkata sistem THySIS ber-operasi dengan menggunakan kaedah LIDAR (pengesanan dan julat cahaya) bersama kaedah hiperspektral yang dipasang pada dron.

    Kedua-dua sistem itu, mengumpul data-data mengenai tumbuhan dan memetakannya dalam bank imej.

    Dev berkata penggunaan THySIS, membolehkan TNB mengesan lebih awal jenis-jenis tumbuhan di kawasan cadangan, sekali gus dapat membuat pemilihan laluan bagi pembinaan menara dan talian penghantaran, agar mengelak kawasan spesies pokok terancam. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...