Thursday, May 2, 2024
23.9 C
Brunei

    -

    Pakistan larang import barangan mewah

    ISLAMABAD, 20 MEI – Kerajaan baharu Pakistan berkata ia akan melarang import lebih daripada 30 barangan mewah termasuk kereta dan jem buah-buahan dalam langkah berjimat cermat bertujuan membantu merangsang ekonomi negara.

    Pakistan telah dibelenggu krisis hutang, rizab mata wang asing yang merosot serta inflasi yang melambung naik.

    Mata wang negara mencecah tahap rendah semalam, dengan 200 rupee ditambat pada AS$1.

    “Keputusan saya melarang import barangan mewah akan menyelamatkan tukaran asing negara,” kata Perdana Menteri Shehbaz Sharif di Twitter.

    Tindakan itu merupakan usaha untuk menyasarkan golongan elit negara, dengan produk diharamkan termasuk telefon bimbit dan kereta – yang membentuk bahagian terbesar dalam senarai bil import – selain kosmetik dan jem.

    “Kami berupaya menjimatkan AS$6 bilion dengan mengenakan larangan ke atas import barangan mewah,” kata menteri maklumat Marriyum Aurangzeb pada sidang media, menambah larangan akan berkuat kuasa serta-merta.

    “Keputusan berkenaan akan merangsang ekonomi dan industri tempatan.” – AFP

    Seorang peniaga mata wang asing mengira dolar AS di sebuah kedai di Karachi pada 19 Mei 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bangladesh catat suhu paling panas bulan April

    DHAKA, 1 MEI - Biro cuaca Bangladesh berkata hari ini bahawa bulan lalu merupakan bulan paling panas dalam rekod, dengan negara Asia Selatan dan...