Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Selebriti Tiktok Pakistan dikecam

    ISLAMABAD, 20 MEI – Selebriti media sosial Pakistan yang memiliki jutaan pengikut, dikecam selepas menghasilkan video TikTok menampilkan latar belakang hutan yang terbakar, ketika negara itu dilanda gelombang haba paling teruk.

    Selebriti itu, di bawah nama akaun ‘Dollyofficial’ memuat naik rakaman dirinya berjalan berhampiran kaki bukit yang terbakar dengan petikan ‘kebakaran berlaku di mana saja saya berada.’

    ‘Dollyofficiall’, dengan 11 juta pengikut di Tiktok, dalam kenyataan oleh pembantunya, memaklumkan dia tidak menyebabkan kebakaran dan penghasilan video itu tidak membahayakan sesiapa. Video itu bagaimanapun sudah pun dipadamkan.

    Bulan lalu, polis Pakistan menahan seorang lelaki di barat laut bandar Abbottabad kerana sengaja melakukan kebakaran hutan untuk dijadikan latar belakang sebuah video. Sehubungan itu, video Tiktok Dollyofficial turut menerima kecaman bukan sahaja daripada pengguna media sosial, malahan aktivis alam sekitar.

    “Dia sepatutnya cuba memadamkan kebakaran berbanding mengambil kesempatan untuk menjadi popular,” kata aktivis alam sekitar yang juga Pengerusi Badan Pengurusan Hidupan Liar Islamabad, Rina Saeed Khan Satti. Menurutnya, sekurang-kurangnya satu kebakaran berlaku di kawasan bukit yang mengelilingi ibu negara Pakistan, semata-mata dijadikan kan-dungan video peribadi. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...