Sunday, May 5, 2024
22.5 C
Brunei

    -

    Paraguay sahkan kes selesema burung

    ASUNCION, 21 MEI – Kes selesema burung telah di kesan pada ayam peliharaan di Paraguay, menurut pihak berkuasa kelmarin.

    Wabak itu ditemui pada burung peliharaan dari bandar Mariscal Estigarribia dan Neuland di kawasan penternakan Mennonite, lapor Perkhidmatan Kesihatan dan Kualiti Haiwan Kebangsaan (Senacsa).

    Kemungkinan besar punca kes yang masih disiasat itu ialah ayam peliharaan tersebut bersentuhan dengan burung migrasi yang dijangkiti, menurut pejabat.

    “Burung-burung itu akan dimusnahkan untuk menghapuskan sumber jangkitan,” menurut Senacsa.

    Wabak itu menular di Amerika Latin sejak beberapa bulan kebelakangan dan mencetuskan amaran fitosanitari.

    Sejak penghujung 20221, salah satu wabak selesema burung global yang paling teruk direkodkan telah menyaksikan puluhan juta ekor ayam dimusnahkan, burung liar mati secara besar-besaran dan peningkatan jumlah jangkitan dalam kalangan mamalia di beberapa buah negara.

    Bersentuhan dengan burung yang dijangkiti boleh menyebabkan manusia mengalami gejala seperti demam, batuk dan cirit-birit.- AFP

    Gambar fail bertarikh 3 Januari 2022 menunjukkan pegawai kesihatan haiwan memusnahkan telur ayam di ladang yang dikuarantin di Margaliot. Paraguay mengesahkan kes selesema burung pada ayam peliharaan, baru-baru ini.-Xinhua
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...