Saturday, May 18, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Durian runtuh buat Awang Ramli

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 MEI – Durian runtuh bagi Awang Ramli bin Haji
    Awang Minuddin apabila terpilih dan diumumkan sebagai pemenang utama kempen cabutan bertuah Radiance of Eid anjuran Setia Motors Sdn Bhd pada majlis cabutan di Bilik Pameran Setia Motors, Beribi, pagi tadi.

    Awang Ramli melahirkan rasa syukur atas kemenangan bertuah tersebut yang memberikannya peluang untuk membawa pulang baucar tunai bernilai $8,500 yang disampaikan oleh Pengurus Besar Setia Motors, James Chin.

    Sementara itu, Dayang Umi Salmah binti Haji Abdul Rahman membawa pulang baucar wang tunai $5,500 sebagai kedua dan Dayangku Siti Nur Haziqah binti Pengiran Emran memenangi tempat ketiga dengan membawa pulang baucar $3,500.

    Cabutan bagi promosi sempena musim perayaan Hari Raya Aidilfitri itu merupakan yang kedua diadakan. Promosi bermula dari 11 April hingga 15 Mei lalu di mana pelanggan yang membeli mana-mana barisan model di bawah Setia Motors layak menyertai cabutan tersebut.

    Sebanyak 18 nama telah disenarai pendek oleh pihak pengurusan pada 16 Mei lalu dan dijemput ke acara cabutan yang menyaksikan seramai 15 pemenang sagu hati membawa pulang baucar tunai $500 setiap seorang yang diundi dan disampaikan oleh Pengurus Jualan Setia Motors, Fadhilah Sulaiman.

    Para pemenang bergambar ramai pada majlis berkenaan.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...