Thursday, June 1, 2023
34.6 C
Brunei

    -

    Parlimen Sweden lulus sertai NATO

    STOCKHOLM, 23 MAC – Parlimen Sweden kelmarin meluluskan usul untuk menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

    Sejumlah 269 menyokong, 37 menentang, 43 ahli parlimen tidak hadir manakala dua daripada lapan parti di Parlimen (Riksdag), Left Party dan Green Party yang mengundi menentang usul berkenaan.

    Hungary dan Turkiye merupakan dua negara terakhir daripada 30 ahli NATO yang belum meratifikasi penyertaan Sweden dan Finland dalam pakatan tentera itu, lapor Xinhua.

    Sweden dan Finland mengemukakan permohonan untuk menyertai NATO pada Mei lepas. – Bernama

    Penggubal undang-undang bersidang di Parlimen Sweden di Stockholm, Sweden, Rabu 22 Mac. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Jentera pelancar udara Korea U jatuh ke Laut Kuning

    SEOUL, 31 MEI – Korea Utara menembak apa yang didakwanya sebagai ‘jentera pelancar angkasa lepas’ ke arah selatan hari ini, namun jatuh ke Laut...
    - Advertisment -