Sunday, May 5, 2024
29.6 C
Brunei

    -

    Pasukan petanque Malaysia, Thailand juara Kejohanan Antarabangsa

    JOHOR BAHRU, 28 OGOS – Pasukan petanque dari Malaysia dan Thailand muncul juara Kejohanan Petanque Terbuka Lelaki dan Wanita Antarabangsa Johor 2022 di Arena Emas di sini, yang melabuhkan tirainya hari ini.

    Kategori lelaki dimenangi pasukan Madu Tiga PW9 dari Malaysia yang diwakili atlet Thailand, Thanakorn Sangkeaw dan Chaiwat Ketngam dengan mata 13-4, selepas menewaskan pasukan Madu Tiga PW10 dari Thailand diwakili Naratip Nunut dan Sakkareeya Sanyen pada perlawanan akhir berlangsung selama sejam.

    Bagi kategori wanita, dimenangi pasukan Thailand A dari Thailand diwakili Nantawan Fueangsanit dan Phantipha Wongchuvej setelah menewaskan pasukan Jatim Indonesia A dari Indonesia diwakili Anjani Dwi Apriliah dan Sephia Febriyanti dengan mata 13-7, juga berlangsung selama sejam.

    Pasukan Sukma Johor 4 dari Malaysia diwakili atlet negara Mohd Arif Kana dan Mohamed Syahzwan Mohamed Sani yang meraih gangsa pada Sukan SEA di Hanoi, Vietnam hanya dapat menamatkan perlawanan pada peringkat suku akhir.

    Sementara itu, Phantipha berkata pasukannya dapat menjangkakan akan meraih kemenangan berdasarkan pengalaman mereka, namun kejohanan itu tetap memberi cabaran dan kesulitan kerana perbezaan permukaan padang serta perlu menggunakan teknik berlainan.

    “Selain itu terdapat banyak pasukan dalam pertandingan ini, bagaimanapun kami berjaya menewaskan mereka,” katanya yang pernah meraih emas bersama pasangannya Nantawan dalam Kejohanan Petanque Dunia 2021 di Santa Susanna, Sepanyol. – Bernama

    Aksi Thanakorn Sangkawe ketika beraksi pada Kejohanan Antarabangsa Johor Petanque 2022 di Arena Petanque Impian Emas, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...