Saturday, May 4, 2024
24 C
Brunei

    -

    PBB adakan sidang tergempar bincang isu Ukraine

    GENEVA, 11 OKT – Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengadakan sidang tergempar pada Isnin bagi membincangkan referendum “haram” yang disokong Moscow untuk menggabungkan bahagian timur Ukraine, beberapa jam selepas ia melakukan serangan maut yang membunuh sekurang-kurangnya 14 orang awam.

    “Seluruh dunia sekali lagi melihat wajah sebenar Rusia yang membunuh rakyat kita,” lapor agensi Anadolu, memetik duta PBB untuk Ukraine, Sergiy Kyslytsya pada Perhimpunan Agung PBB.

    “Menyasarkan orang awam secara sengaja adalah jenayah perang.

    “Dengan melancarkan serangan peluru berpandu ke atas orang awam yang tidur di rumah, mereka yang dalam perjalanan ke tempat kerja, kanak-kanak bergerak ke sekolah, Rusia telah membuktikan sekali lagi bahawa ia mesti dihalang dengan cara yang paling tegas,” kata Kyslytsya.

    Beliau berkata pengilhakan haram Rusia ke atas wilayah Ukraine menimbulkan ‘ancaman’ ke atas PBB, dan masyarakat antarabangsa perlu mempertahankan prinsip Piagam PBB. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...