Saturday, May 18, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    BoE redakan kebimbangan ‘ketidakstabilan kewangan UK’

    LONDON, 11 OKT – Bank of England (BoE) hari ini memperkenalkan lebih banyak langkah-langkah bertujuan meredakan pasaran digegarkan oleh pembentangan bajet United Kingdom (UK) ketika ia memberi amaran risiko ketidakstabilan kewangan negara.

    Minggu ini telah menyaksikan langkah-langkah diambil BoE dan kerajaan UK bertujuan menenangkan pasaran bon ketika pinjaman meningkat.

    Langkah itu adalah respons terhadap perolehan tinggi bon UK dan selepas mata wang pound mencatatkan nilai rekod terendah berbanding dolar sejak kerajaan baharu Perdana Menteri Liz Trus mendedahkan belanjawan hutang yang penuh dengan pemotongan cukai bulan lalu.

    Sehari selepas ia melancarkan kemudahan sementara bertujuan mengurangkan tekanan kecairan, bank pusat mengatakan ia sedang memperluaskan skop pembelian harian ke atas bon kerajaan UK atau sepuhan emas sehinggalah Jumaat.

    Dalam satu kenyataan, BoE mengatakan langkah terbaharu itu akan bertindak ‘lebih lanjut sebagai penghadang bagi memulihkan semula keadaan pasaran.’ Ia menegaskan bahawa ‘permulaan minggu ini telah melihat penentuan semula harga hutang kerajaan UK yang signifikan, khususnya dalam indeks berkaitan sepuhan emas, yang dibeli oleh bank pusat di bawah operasi pembelian bon secara meluas.

    “Ketidakfungsian dalam pasaran ini dan prospek menguatkuasakan sendiri ‘jualan diskaun’ membawa kepada risiko material kepada kestabilan kewangan UK,” tambahnya. – AP

    Gambar fail 29 September lalu memperlihatkan orang ramai berjalan melepasi BoE di tengah London. Bank itu memperkenalkan langkah-langkah bertujuan meredakan pasaran yang digegarkan bajet UK baru-baru ini bagi mengelak ketidakstabilan kewangan UK. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...