Saturday, May 4, 2024
23.9 C
Brunei

    -

    PBB rayu bantuan AS$826 juta untuk Myanmar

    GENEVA, 1 FEB – Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu merayu hari ini dana sebanyak AS$826 juta bagi mendapatkan bantuan kemanusiaan untuk 6.2 juta orang di Myanmar tahun ini, menyatakan negara itu telah mengalami penderitaan sejak rampasan kuasa tahun lalu.

    Tepat setahun dari kejadian rampasan kuasa tentera 1 Februari, PBB berkata kehuru-haraan ekonomi susulan rampasan kuasa itu telah mengakibatkan ramai yang tidak dapat menyara keluarga mereka.

    PBB menganggarkan daripada 54 juta penduduk di Myanmar, 25 juta hidup dalam kemiskinan manakala 14.4 juta memerlukan bantuan kemanusiaan – termasuk lima juta kanak-kanak.

    Daripada jumlah itu, PBB berharap dapat mencapai 6.2 juta penduduk yang sangat terdesak memerlukan bantuan.

    “Pergolakan ekonomi dan politik tahun lalu, ditambah impak COVID-19 yang menjejaskan telah mendorong separuh daripada penduduknya dalam kemiskinan,” kata Jens Laerke, jurucakap bagi agensi kemanusiaan PBB kepada wartawan di Geneva.

    “Ramai yang tidak lagi mampu menyara keluarga mereka kerana kehilangan kerja dan pendapatan serta harga meningkat.”

    Laerke berkata lebih 400,000 orang telah dipindahkan sejak rampasan kuasa itu.

    “Ribuan orang yang dipindahkan hidup dalam keadaan melarat, ramai di kem dan tapak penempatan, sementara yang lain bersama komuniti tuan rumah. – AFP

    Aktivis muda semasa bantahan anti-tentera kerajaan pada 1 Februari di Mandalay, Myanmar. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...