Wednesday, May 8, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Alli, Van de Beek tiba di Everton

    LIVERPOOL, 1 FEB – Dele Alli dan Donny van de Beek  menyertai usaha Everton untuk mengelak daripada penyingkiran Liga Perdana Inggeris (EPL) pada hari tarikh akhir perpindahan selepas Frank Lampard diumumkan sebagai pengurus baharu kelab itu.

    Alli telah menyertai perjanjian tetap dari Tottenham selepas beberapa tahun mengecewakan di bawah empat pengurus berbeza di utara London.

    Lampard dilantik sebagai pengurus ketujuh Everton dalam tempoh enam tahun dengan kontrak dua setengah tahun kelmarin.

    Penjaring gol terbanyak sepanjang zaman Chelsea telah tidak bertugas selama setahun sejak dipecat oleh kelab London itu Januari tahun lalu.

    Dia ditugaskan untuk mengekalkan pasukan The Toffees dalam liga utama. Mereka berada empat mata di atas zon penyingkiran selepas mencatat satu kemenangan dalam 14 perlawanan liga.

    Mendapatkan khidmat Alli adalah salah satu tuntutan Lampard untuk mengambil alih tugas tersebut.

    Kerjaya pemain antarabangsa England itu merosot sejak empat musim lalu sejak dia muncul sebagai salah seorang pemain tengah menyinar di Eropah di bawah kendalian Mauricio Pochettino.

    Van de Beek juga telah melalui 18 bulan yang sukar di Old Trafford sejak perpindahan £40 juta dari Ajax.

    Pemain berusia 24 tahun itu bergelut untuk mendapatkan masa permainan di bawah bekas pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer dan pengurus sementara, Ralf Rangnick. – AFP

    Van de Beek sertai usaha Everton untuk menewaskan penyingkiran EPL pada hari tarikh akhir perpindahan.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam fasa ketiga pilihan raya negara

    NEW DELHI, 7 MEI - Berjuta-juta pengundi India di 93 kawasan mengundi pada hari ini ketika Perdana Menteri India, Narendra Modi telah melancarkan kempen...