Saturday, May 4, 2024
26.4 C
Brunei

    -

    PBDB Veteran menang perlawanan pertama liga veteran

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 30 JAN – Pasukan PBDB Veteran menewaskan pasukan Mengellela pada perlawanan pertama Liga Bola Sepak Veteran Daerah Belait 2023 yang diadakan di Padang Bola Sepak Arena Seria, kelmarin.

    Liga tersebut dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak Daerah Belait (PBDB) bertujuan bagi mempromosikan lagi sukan bola sepak khususnya dalam kalangan pemain senior di daerah berkenaan yang berumur 40 tahun ke atas.

    Format untuk liga ini menyaksikan pasukan bersaing sesama sendiri dalam perlawanan yang dibahagikan kepada tiga dengan setiap bahagian selama 30 minit dengan waktu rehat selama lima minit, yang mana keseluruhan masa perlawanan ialah 90 minit sama seperti perlawanan bola sepak yang biasa diadakan.

    Liga veteran tahun ini menyaksikan sebanyak lima pasukan yang mengambil bahagian, termasuk pasukan PBDB Veteran, Mengellela, Savisci Panaga, KB Warriors dan BSRC Veteran.

    Pada perlawanan pertama, PBDB Veteran bermula dengan gagah menentang Mengellela setelah menjaringkan tiga gol dalam permainan 30 minit pertama, dengan pendahuluan terus berlanjutan ke permainan masa kedua.

    Ketika Mengellela berjaya menjaringkan gol pada minit ke-59 perlawanan, PBDB Veteran terus mendahului dengan menjaringkan tiga lagi gol, menamatkan perlawanan dengan keputusan 6-1.

    Liga veteran dijadualkan bersambung pada 4 Februari di mana Savisci Panaga akan menentang KB Warriors. Maklumat lanjut mengenai kemas kini dan perlawanan selanjutnya boleh diperolehi melalui laman Instagram @liga.belait.

    Aksi pemain PBDB Veteran dan Mengellela semasa perlawanan Liga Bola Sepak Veteran Daerah Belait 2023.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...