Sunday, April 28, 2024
24.2 C
Brunei

    -

    12 pasukan bakal bertanding dalam Liga Futsal Brunei 2023

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JAN – Sebanyak 12 pasukan akan bersaing untuk merebut gelaran dalam Liga Futsal Brunei 2023 akan datang bermula pada 3 Februari hingga 4 Disember.

    Format liga akan dibahagikan kepada dua pusingan iaitu perlawanan di tempat sendiri dan tempat lawan, yang mana pemenang akan mewakili Negara Brunei Darussalam dalam Kejohanan Kelab Futsal Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF).

    Perkara itu didedahkan semasa mesyuarat pengurus antara pasukan futsal dan Jawatankuasa Tetap Pertandingan Futsal Persatuan Bola Sepak Brunei Darussalam (FABD) di Teater Kuliah, Rumah FABD malam tadi.

    Mesyuarat itu turut mengetengahkan garis masa acara bermula dengan pertemuan bagi pasukan futsal pada 14 Disember dan tarikh tutup pendaftaran pemain dan pegawai pada 20 Disember.

    Dalam pada itu, jawatankuasa pertandingan futsal turut menekankan bahawa terdapat dua tempoh jendela perpindahan bermula 7 Disember tahun lalu sehingga 28 Februari, dan 24 April hingga 24 Mei depan.

    Dua pemain import asing layak bermain untuk kelab futsal, dengan tiga pemain bawah 23 tahun perlu didaftarkan dalam skuad 23 anggota.

    Sementara itu, pemain bawah 20 tahun juga perlu diberi nombor jersi 21, 22 dan 23, yang mana setiap pasukan mesti menamakan seorang pemain bawah 20 tahun dalam senarai permulaan 14 pemain mereka.

    Ketua jurulatih setiap pasukan juga mesti memiliki sekurang-kurangnya Lesen Futsal Tahap 1 Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) atau Sijil Kejurulatihan Futsal FIFA yang diiktiraf oleh FABD.

    Bagi pasukan yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan jurulatih asing, mereka mesti memiliki sekurang-kurangnya Lesen Futsal AFC Tahap 2, dengan perlawanan-perlawanan akan diadakan di Kompleks Sukan UBD dan Kementerian Pertahanan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...