Sunday, May 5, 2024
22.5 C
Brunei

    -

    Pekerja ditahan simbah minyak panas pada pelanggan

    BIRMINGHAM, 27 APRIL – Seorang pekerja restoran makanan segera Alabama yang dituduh menyimbah minyak panas pada seorang pelanggan semasa pertengkaran berhubung perkhidmatan di lorong pandu lalu, mengakibatkan luka bakar teruk, telah didakwa semalam, kata polis.

    Wanita berusia 50 tahun itu didakwa susulan pertengkaran yang berlaku pada petang Sabtu di restoran Arby’s di pinggir bandar Birmingham, menurut kenyataan daripada Jabatan Polis Hueytown.

    Pihak berkuasa tidak memberikan butir-butir mengenai punca perkelahian, tetapi polis berkata kedua-dua wanita itu tidak mengenali antara satu sama lain.

    Mangsa, yang mengalami luka bakar tahap kedua di badannya dan dimasukkan ke hospital telah memfailkan tindakan guaman untuk mendapatkan sejumlah wang daripada pekerja itu, Arby’s dan syarikat berpangkalan di Alabama yang mengendali restoran itu, menurut dokumen mahkamah.

    Rekod mahkamah tidak mendedahkan nama peguam yang bercakap bagi pihak pekerja, yang dibebaskan dengan ikat jamin AS$30,000.

    Arby’s berkata ia telah memecat pekerja itu dan menganggap perbuatannya ‘patut dicela.’

    “Kami bersimpati dengan pelanggan berkenaan dan kami berusaha membantu dalam proses pemulihannya,” menurut kenyataan syarikat. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...