Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Renjatan elektrik ragut 11 jiwa

    NEW DELHI, 27 APRIL – Sekurang-kurangnya 11 orang termasuk tiga kanak-kanak bawah umur maut hari ini semasa perarakan kereta kuda di kuil bersentuhan dengan wayar voltan tinggi di India, kata polis.

    Petunjuk awal menunjukkan bahawa orang ramai menggunakan air untuk mengawal kebakaran selepas bahagian atas kereta kuda itu menyentuh wayar di negeri selatan Tamil Nadu.

    Sekurang-kurangnya 15 orang lagi dimasukkan ke hospital selepas kejadian itu kira-kira jam 3 pagi di bandar Thanjavur.

    “Bahagian atas kereta kuda itu dipenuhi dengan hiasan dan bahagian itu yang terkena wayar,” pegawai kanan polis V Balakrishnan memberitahu AFP.

    Mangsa adalah sebahagian daripada pasukan yang menarik kereta kuda. Sekurang-kurangnya tiga orang maut di tempat kejadian.

    Ratusan orang mengambil bahagian dalam perarakan yang telah berlangsung setiap tahun selama kira-kira 90 tahun.

    Seorang pegawai kanan polis memberitahu penyiar NDTV bahawa talian elektrik di sepanjang laluan kuil biasanya dimatikan tetapi kali ini ia terus dihidupkan.

    Perdana Menteri Narendra Modi menulis dalam Twitter bahawa dia sedih dengan kemalangan itu dan mengumumkan bantuan kira-kira $2,600 kepada keluarga mangsa. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun akan lawat Perancis, Brazil dan Paraguay

    TOKYO, 26 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida akan melawat Perancis, Brazil dan Paraguay minggu depan ketika negaranya berusaha untuk meningkatkan hubungan dengan...