Monday, May 20, 2024
24.6 C
Brunei

    -

    Pekin terbawa-bawa dialek ke rumah

    Perbezaan dialek dan loghat tidak menjadi penghalang buat pelakon Pekin Ibrahim menjayakan watak Cikgu Azman dalam filem adaptasi terbaharu lakonannya berjudul Gemencheh Boys.

    Pekin atau Mohd Izhan Ibrahim, 42, bagaimanapun mengakui wujud kesukaran untuk dia bertutur dalam loghat Negeri Sembilan memandangkan dia berasal dari Kelantan.

    Bagi mengatasi masalah itu, Pekin berkata dia membiasakan diri dengan bertutur dalam dialek berkenaan di rumah.

    “Saya hanya mempunyai beberapa bulan untuk membiasakan diri dengan dialek Negeri Sembilan.

    “Daripada lidah Kelantan nak tukar kepada Negeri Sembilan ni perlu ada yang membimbing.

    “Dialog pun bukan boleh saja tukar-tukar kerana watak yang saya pegang itu orangnya masih ada (Cikgu Azman).

    “Saya akui memang susah untuk melakonkan watak ini. Saya dekat rumah sampai dah cakap Negeri Sembilan dengan Mona (isteri)… sampai dia cakap saya gila dah kenapa cakap Negeri Sembilan,” katanya kepada mStar.

    Dalam pada itu, Pekin memberitahu dia meletakkan usaha yang lebih untuk filem kali ini kerana ingin benar-benar berjaya membawa watak seorang jurulatih kriket.

    Pelakon filem Bunohan itu juga sempat bertemu dengan Cikgu Azman bagi mendalami kisah sebenar yang berlaku. – Agensi

    Pekin bersama Cikgu Azman sebenar (kanan). – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam pilihan raya fasa kelima

    AYODHYA, 20 MEI - Berjuta-juta orang India di 49 kawasan pilihan raya mula membuang undi pada hari ini ketika pilihan raya selama enam minggu...