Monday, September 16, 2024
33.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelajar JIS raih keputusan luar biasa

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 OGOS – Pelajar-pelajar kelas 2024 di Sekolah Antarabangsa Jerudong (JIS) telah mencatatkan keputusan sangat membanggakan dalam peperiksaan A Level, Diploma Baccalaureate Antarabangsa (IB) dan BTEC Antarabangsa.

    Keputusan itu menonjolkan komitmen sekolah terhadap kecemerlangan akademik serta dedikasi pelajarnya.

    Pelajar A Level JIS mencatat keputusan yang cemerlang dengan 28.1 peratus daripada semua gred yang diberikan adalah A* atau A dan 54 peratus mencapai gred A*, A, atau B.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan JIS, Awang Muhammad Afiq bin Abdul Rahman, seorang pelajar Biasiswa Kementerian Pendidikan di JIS, mencapai markah tertinggi yang meraih 4 gred A*/A dalam peperiksaan A Level dan satu tambahan cemerlang dalam Matematik AEA. Dua lagi pelajar, Yong Tsen Lim dan Synyee Yeo, turut berjaya meraih 4 gred A*/A dalam semua subjek A Level mereka.

    Manakala itu, sembilan pelajar mencapai kombinasi gred A*/A dalam ketiga-tiga subjek A Level mereka iaitu Grace Lee, Aaralyn Tan, Nidhi Kulkarni, Chan Kyaw, Eoin Kyle, Selina Li, Alvin Lim, Ryan Riches dan Awang Muhammad Danish Abrisam bin Samri.

    Gambar ramai pelajar JIS yang mencatat keputusan cemerlang dalam Diploma IB. – GAMBAR SERAHAN JIS
    GAMBAR SERAHAN JIS

    Selain itu, tujuh pelajar memperoleh gred A dalam semua subjek mereka ialah Raika Chowdhury, Dayang Nur Hidayah Haziyah binti Handrie, Shannon Lau, Awang Muhammad Aqil Nasrullah bin Pendie, Grish Rana, Marvin Santos dan Natalie Yip.

    Tiga pelajar daripada pelajar cemerlang itu juga merupakan penerima biasiswa Kementerian Pendidikan untuk belajar di JIS iaitu Awang Muhammad Danish, Shannon Lau dan Awang Muhammad Aqil Nasrullah. Pelajar Diploma IB juga mencapai keputusan yang luar biasa dengan purata markah 34.3, melebihi purata dunia 30.32, 67 peratus pelajar JIS melebihi purata dunia, 53 peratus mencapai 35 mata atau lebih tinggi.

    Pelajar Brunei, Swee Ker Lim, mencapai skor tertinggi di JIS dengan 42 mata. Pelajar cemerlang lain termasuk Frank Taylor yang memperoleh 38 mata. Empat pelajar, Dayangku Nabilah Pengiran Behrin, Dayang Nur Khairunnisa Syamisah binti Haji Kamis, Dayang Siti Hanna binti Muhammad Norshafiee dan Chloe Shim, berjaya memperoleh 37 mata.

    Selain itu, dua lagi pelajar, Dayang Aleesya Fitriyah binti Abdul Rahman, seorang pelajar Biasiswa Kementerian Pendidikan di JIS dan Dayang Yasmina Masiratunnaja binti Adimasadi, masing-masing mencapai 36 mata. Dua lagi pelajar, Alisha Iman Jefri dan Gisele Koh, berjaya mencapai 35 mata.

    Sebagai tambahan kepada pencapaian IB Diploma dan A Level, dengan bangganya meraikan kejayaan kohort pertama pelajar yang menamatkan BTEC Extended Diploma dalam Creative Media. Dengan kadar lulus 100 peratus, pelajar-pelajar itu telah menetapkan standard tinggi untuk kohort-kohort pada masa depan.

    Dalam sistem penilaian BTEC, Distinction* (D*) dan Distinction (D) adalah gred tertinggi yang boleh dicapai, setara dengan keputusan A Level terbaik. Awangku Muhd Zulhilman bin Pengiran Muhd Noor Shah memperoleh gred cemerlang D*D*D (setara dengan 3 gred A*/A), manakala Awang Mohammad Azri berjaya memperoleh gred DDD (setara dengan 3 gred A).

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda