Wednesday, September 18, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelajar tahun 10 SM Masin pamer kreativiti

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 SEPT – Bagi mencapai matlamat untuk membangunkan persekitaran pembelajaran yang berkesan dengan mengutamakan pembangunan pelajar, Sekolah Menengah Masin telah mengadakan ‘Pameran Pembelajaran Pelajar’di sekolah berkenaan kelmarin,

    Hadir selaku tetamu kehormat di majlis itu ialah Pemangku Pengarah di Jabatan Pendidikan Khas, Dr Eddy Fazlin bin Haji Amdan.

    Pengetua SM Masin, Hajah Norwen binti Haji Ibrahim dalam ucapan alu-aluannya antara lain menjelaskan yang program ini merupakan wadah untuk warga sekolah termasuk ibubapa dan komuniti bagi menghargai usaha dan pencapaian para pelajar, dengan memberikan sokongan yang sewajarnya bagi memupuk semangat pembelajaran berterusan.

    Pameran yang telah diperkenalkan pada tahun 2023 itu merupakan platform untuk semua pelajar tahun 10 mempamerkan kemahiran, idea, dan kreativiti yang telah mereka perolehi sepanjang pembelajaran.

    Tahun ini, pameran tersebut disertai oleh 8 buah kelas tahun 10 yang mempamerkan idea dan kreativiti mereka dalam mengetengahkan subjek pilihan masing-masing. Turut serta dalam pameran adalah para pelajar pravokasional (Auladul Jannah), menurut pengetua.

    “Turut dipamerkan adalah program Tahun 9 iaitu Ceria in Action dan Eksplorasi Kerjaya bagi Pelajar Tahun 11,” jelasnya lagi.

    Disamping itu, tujuan pameran berkenaan juga selaras dengan Matlamat Strategik 1 – kementerian pendidikan iaitu memberikan tumpuan kepada usaha untuk melahirkan pelajar siap siaga masa hadapan dengan kemahiran dan keupayaan untuk berinovasi.

    Pameran Pembelajaran1-3      : Tetamu kehormat majlis mengadakan lawatan ke petak-petak pameran dari pelajar yang menyertai.

    Tetamu kehormat majlis, Dr Eddy Fazlin melawat sebahagian petak-petak pameran berkenaan.

    Suasana sekitar pameran berkenaan. – GAMBAR-GAMBAR SERAHAN SM MASIN

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda