Saturday, May 4, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Pengangguran UK meningkat, inflasi jejas pasaran pekerjaan

    LONDON, 16 MEI – Pengangguran UK meningkat lagi dalam tempoh tiga bulan hingga akhir Mac, menurut data rasmi hari ini, setelah inflasi yang tinggi membebani pasaran pekerjaan.

    Kadar pengangguran meningkat kepada 3.9 peratus daripada 3.8 peratus dalam tiga bulan hingga akhir Februari, kata Pejabat Perangkaan Kebangsaan dalam satu kenyataan.

    “Adalah menggalakkan bahawa kadar pengangguran kekal rendah tetapi kesukaran untuk mencari kakitangan dan kenaikan harga menimbulkan kebimbangan kepada kebanyakan keluarga dan perniagaan,” kata menteri kewangan, Jeremy Hunt.

    “Itulah sebabnya kita mesti berpegang pada rancangan kita untuk mengurangkan inflasi kepada separuh dan membantu keluarga dengan kos sara hidup, sambil melaksanakan pembaharuan penjagaan anak kita serta menyokong orang tua dan orang kurang upaya yang ingin bekerja.”

    Inflasi tahunan UK kekal tinggi di atas 10 peratus kerana harga makanan yang melambung tinggi mengimbangi kejatuhan kos tenaga. – AFP

    Seorang lelaki berjalan melintasi Bank of England, di daerah kewangan di London pada 11 Mei 2023. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...