Sunday, May 5, 2024
23.1 C
Brunei

    -

    Kim Kardashian hilang 500,000 pengikut IG

    Bintang realiti Kim Kardashian kehilangan 500,000 pengikut secara mendadak di Instagram miliknya.

    Ia susulan pelancaran album terbaharu penyanyi Taylor Swift iaitu The Tortured Poets Department pada Jumaat lalu.

    Salah satu lagu menerusi album tersebut berjudul thanK you aIMee yang didakwa diss track yang ditujukan kepada Kim.

    Memetik laporan mStar, lagu tersebut berkisar mengenai perselisihan faham di antara mereka sebelum ini dan menggambarkan bintang realiti itu sebagai pembuli di sekolah.

    Malah penggunaan huruf besar pada tiga huruf thanK you aIMee juga petunjuk lagu tersebut didedikasikan buat Kim.

    Perselisihan faham di antara Taylor dan Kim sudah berlarutan sejak 2016. – mStar

    Muzik video lirik lagu tersebut di YouTube juga sudah mendapat lebih sejuta tontonan dan ramai menyokong tindakan Taylor menghasilkan lagu tersebut.

    Ramai menganggap itu cara terbaik untuk Taylor membalas perbuatan Kim dan bekas suaminya Kanye West sebelum ini.

    ‘Perang’ di antara Taylor dan Kim mula tercetus pada 2016 apabila penyanyi itu berang namanya disebut dalam lirik lagu nyanyian Kanye berjudul Famous.

    Taylor mendakwa penyanyi rap itu tidak meminta keizinannya menggunakan lirik menyebut namanya dalam lagu berkenaan.

    Kim bagaimanapun mendedahkan bukti perbualan telefon di antara Kanye dan Taylor berkaitan keizinan menggunakan namanya di laman sosial miliknya.

    Tidak hanya itu, Kim turut meninggalkan emoji ular pada kapsyen hantaran tersebut yang menyemarakkan kemarahan peminat. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...