Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penghadang Gunung Fuji diturunkan di Jepun

    TOKYO, 20 OGOS – Satu penghadang yang didirikan di Jepun bertujuan menghalang pemandangan popular Gunung Fuji telah diturunkan – buat sementara waktu ini – selepas berjaya menghalang pelancong yang sukar dikawal, kata seorang pegawai bandar hari ini.

    Fujikawaguchiko memasang skrin besar pada Mei selepas penduduk mengadu tentang aliran pengunjung yang kebanyakannya warga asing menimbulkan masalah ketika cuba merakam gambar gunung berapi terkenal Jepun itu.

    Bandar itu menurunkan skrin pada 15 Ogos sebelum ketibaan taufan dan telah memutuskan untuk tidak memasangnya semula.

    “Kami mahu melihat apa yang akan berlaku,” kata pegawai bandar itu kepada AFP.

    “Masih ada beberapa orang yang datang ke tempat itu. Tetapi kami tidak lagi mendapati ramai orang yang tiba-tiba meluru ke arah trafik untuk melintas jalan,” katanya. – AFP

    Gambar yang diambil pada 21 Mei lalu menunjukkan seorang pekerja memasang penghadang untuk menghalang pemandangan Gunung Fuji, Jepun di belakang kedai serbaneka bagi menghalang pelancong yang berkelakuan buruk, di bandar Fujikawaguchiko, wilayah Yamanashi. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda