Saturday, May 4, 2024
24 C
Brunei

    -

    Peniaga asam pedas tawar Menu Rahmah

    MELAKA, 6 FEB – Walaupun pada mulanya tercabar dan berasa tidak relevan untuk menawarkan Menu Rahmah pada harga RM5 ekoran kenaikan pelbagai barangan dan bahan mentah, namun ia bukan penghalang buat pengusaha Restoran Asam Pedas Selera Kampung di sini, untuk menyahut seruan kerajaan.

    Saharudin Mohd Nor, 56, yang sudah 32 tahun berkecimpung dalam industri makanan berkata beliau berupaya menawarkan Menu Rahmah dengan kerjasama pembekal bahan mentah yang beliau sering berurusan.

    “Pada asasnya kita tercabar juga. Mana boleh dapat harga set asam pedas sepinggan dengan air RM5?, tetapi setelah berbincang dengan rantaian pembekal bahan mentah menerusi kumpulan WhatsApp, sebenarnya ia boleh dilakukan.

    “Tapi ia tidak melibatkan keuntungan yang besar atau kerugian sebaliknya penyertaan Restoran Asam Pedas Selera Kampung di bawah program Menu Rahmah adalah sebahagian sumbangan kebajikan kepada pelanggan,” katanya kepada pemberita selepas Sesi Pengenalan Program Menu Rahmah di sini hari ini.

    Sesi pengenalan itu turut dihadiri Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka Norena Jaafar. – Bernama

    Saharudin menunjukkan salah satu menu asam pedas yang ditawarkan di bawah Program Menu Rahmah kepada pelanggannya pada Sesi Pengenalan Program Menu Rahmah kelmarin – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...