Saturday, May 18, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    60 sertai program kecergasan

    Oleh Ak Zaki Kasharan
    Gambar serahan JBS

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 FEB – Dalam usaha memastikan atlet kebangsaan dan pelapis bersedia secara fizikal mengikuti sebarang kejohanan akan datang, Jabatan Belia dan Sukan (JBS), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) telah mengadakan Program Kecergasan di Padang dan Balapan, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, kelmarin.

    Program kendalian Unit Kejurulatihan itu menyaksikan penyertaan 60 atlet kebangsaan dan pelapis daripada sukan pencak silat, taekwondo, olahraga, wusyu, lawan pedang, akuatik dan bola jaring.

    Program diisikan dengan aktiviti kecergasan dikendalikan jurulatih setiap sukan tersebut secara bergilir dengan jurulatih pencak silat kebangsaan, Haji Andy Zulkarnaen mengendalikan sesi pertama kelmarin.

    Menurut kenyataan dikeluarkan oleh KKBS, selain menitikberatkan kecergasan atlet, program juga memastikan atlet berada pada tahap kecergasan tinggi setiap masa, menggalakkan penglibatan lebih aktif dalam kalangan atlet skim JBS, membentuk semangat kerjasama dan merapatkan hubungan sesama atlet, jurulatih dan pihak pengurusan.

    Ia juga diharap dapat merangsang minda atlet supaya sentiasa aktif, produktif, inovatif dan bermotivasi serta membentuk generasi muda yang sihat, cergas dan berdisiplin melalui penglibatan diri dalam aktiviti sukan.

    Program tersebut merupakan kesinambungan daripada program yang sama pada tahun 2021 sebelum penularan wabak COVID yang merupakan platform pendidikan dan latihan kepada atlet untuk kecergasan mereka.

    Ia akan diadakan sebanyak enam sesi setiap minggu pada Ahad sebelum melangkah ke bulan Ramadan.

    Para atlet kebangsaan dan pelapis bergambar ramai semasa program kecergasan yang diadakan di Padang dan Balapan, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, baru-baru ini.
    Antara yang menyertai program berkenaan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...