Thursday, May 2, 2024
23.9 C
Brunei

    -

    Penutupan separuh jalan di Lebuh raya Muara-Tutong

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 OGOS – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan bahawa separuh jalan di kawasan KM 26.9 sehingga KM 26.7 di Lebuh raya Muara-Tutong, hala Muara akan ditutup sementara bermula esok hingga 11 Ogos.

    JKR dalam kenyataan yang dikeluarkan menjelaskan bahawa penutupan dari 8 pagi hingga 6 petang itu adalah bagi memboleh-kan kerja-kerja membaiki pagar rosak di kawasan padang golf, The Empire Brunei, Jerudong dapat dilaksanakan.

    Sehubungan itu, pihak jabatan menasihatkan para pengguna lebuh raya untuk sentiasa berhati-hati apabila melalui kawasan tersebut di samping mematuhi tanda-tanda lalu lintas dan had laju yang dibenarkan demi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini.

    Untuk sebarang aduan, orang ramai boleh menghubungi pihak jabatan melalui Talian Darussalam 123, Livechat Talian Darussalam 8333123 ataupun e-mel kepada pro@pwd.gov.bn.

    Peta menunjukkan lokasi kerja-kerja membaiki pagar rosak di kawasan padang golf, The Empire Brunei, Jerudong. – Gambar serahan JKR
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bangladesh catat suhu paling panas bulan April

    DHAKA, 1 MEI - Biro cuaca Bangladesh berkata hari ini bahawa bulan lalu merupakan bulan paling panas dalam rekod, dengan negara Asia Selatan dan...