Sunday, May 5, 2024
23.1 C
Brunei

    -

    Penyerahan bendera bagi misi UNIFIL

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 OKT – Penghormatan tinggi dan tanggungjawab yang amat besar bakal dipikul oleh kontinjen Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang akan berlepas untuk misi pengaman ke Lubnan di bawah Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNIFIL), bersama kontinjen Malaysia 850-10 (MALBATT 850-10).

    Sehubungan itu, Upacara Penyerahan Bendera Negara Brunei Darussalam kepada kontinjen ABDB berlangsung di Bolkiah Garison, hari ini.

    Penyerahan bendera telah disempurnakan oleh Pemerintah ABDB, Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan.

    Turut hadir ialah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Dato’ Raja Reza bin Raja Zaib Shah; Setiausaha Tetap (Pembangunan, Pemeliharaan dan Teknologi) di Kementerian Pertahanan, Kolonel (B) Haji Mohammad Norfahssin bin Haji Abdul Karim, pemerintah-pemerintah angkatan tentera, pengarah-pengarah, Penasihat Pertahanan Malaysia ke Negara Brunei Darussalam, pegawai-pegawai kanan tentera dan orang awam.

    Pada majlis itu, Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi memasangkan lencana dan menyerahkan bendera kepada Ketua Kontinjen Negara Brunei Darussalam bagi MALBATT 850-10, Mejar Hisham bin Haji Mahmud.

    ABDB telah menyertai misi pengaman UNIFIL sejak 2008 untuk menyelaraskan dan mempertahankan kepentingan Negara Brunei Darussalam dalam mengekalkan tiga tunggak utama Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) iaitu Keamanan dan Keselamatan, Hak Asasi Manusia dan Pembangunan.

    ABDB tetap komited untuk menyumbang kepada keamanan dan kestabilan rantau dan antarabangsa sebagai sebahagian daripada komitmen ke arah keamanan dan kestabilan global.

    Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi memasang lencana kepada anggota kontinjen ABDB yang menyertai Misi Pengaman UNIFIL di Lubnan dalam upacara yang berlangsung di Bolkiah Garison, kelmarin.
    Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi menyerahkan bendera negara kepada Mejar Hisham.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...