Sunday, May 5, 2024
22.5 C
Brunei

    -

    Perdana Menteri Kanada disahkan positif COVID-19

    OTTAWA, 1 FEB – Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau berkata kelmarin bahawa dia telah disahkan positif COVID-19, sambil menyeru pemandu trak yang memprotes mandat vaksinasi.

    “Saya berasa sihat dan tidak menghidap gejala-gejala tersebut,” kata Perdana Menteri yang berusia 50 tahun itu pada sidang akhbar.

    Beliau telah mengumumkan minggu lalu bahawa dia telah mengasingkan diri selepas terdedah kepada koronavirus. Dua daripada tiga anaknya juga telah disahkan positif, katanya.

    Trudeau, yang telah menerima dos ketiga vaksinasi COVID-19 pada Januari, menggesa semua rakyat Kanada akan mengambil vaksinasi dan penggalak, ketika negara sedang bergelut dengan lonjakan kes dan kemasukan hospital yang disebabkan oleh varian Omicron.

    Dia tidak akan hadir secara fizikal untuk kembali ke parlimen kelmarin selepas cuti musim sejuk, mengatakan dia akan “bekerja dari rumah minggu ini dan terus mengikuti garis panduan kesihatan awam.”

    Di luar parlimen, ramai penunjuk perasaan yang diketuai oleh pemandu trak Kanada yang menentang mandat vaksinasi untuk menyeberang ke sempadan di antara Kanada dan Amerika Syarikat telah berterusan sehingga hari ketiga.

    Demonstrasi itu jauh lebih kecil berbanding pada hujung minggu apabila sekitar 8,000 penunjuk perasaan, menurut polis, mereka telah berkumpul di ibu negara dengan membunyikan hon, menyekat jalan-jalan di pusat bandar dan memaksa penutupan kedai, sekolah dan klinik vaksinasi COVID-19.

    Trudeau mempertahankan mandat vaksinasi, mengambil maklum bahawa 90 peratus daripada pemandu itu telah menerima vaksinasi. – AFP

    Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau mengumumkan kelmarin bahawa dia telah disahkan positif COVID-19. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...