Saturday, May 4, 2024
25.1 C
Brunei

    -

    Perkasa tradisi puak jati Dusun

    Oleh Nurdiyanah R.

     

    Dalam meniti masa yang berlalu begitu pantas, zaman yang terus dibawa arus kemodenan, pemerkasaan nilai-nilai tradisi dan budaya yang sudah sekian lama menjadi warisan identiti sesuatu etnik atau puak itu seharusnya digenggam erat bersama untuk dipelihara dan difahami dengan sebaik-baiknya.

    Di mana pun kita berpijak, namun jangan sesekali kita lupa asal usul kita, budaya kita, pegangan kita, begitulah harapan tulus yang diketengahkan oleh Majlis Perundingan Kampung (MPK) Ukong dengan kerjasama Pakatan Sang Jati Dusun (PSJD) Negara Brunei Darussalam dalam sama-sama menghidupkan nilai-nilai budaya dan tradisi puak jati Dusun khususnya kepada generasi penerus bangsa menerusi perlaksanaan Festival Adau Gayoh 2023, baru-baru ini.

     

    Masyarakat Dusun menggayakan pakaian tradisi mereka semasa Festival Adau Gayoh 2023.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...