MADRID, 7 JUN – Sepanyol telah mengalami musim bunga terpanasnya dalam lebih 60 tahun penyimpanan rekod, dengan purata suhu hampir dua darjah Celsius melebihi purata, lapor agensi cuaca negara hari ini.
Negara itu juga menyaksikan musim bunga kedua paling kering dalam rekod, di belakang tahun 1995, menurut agensi AEMET ketika kemarau berpanjangan melanda sektor pertanian utamanya. – AFP
