Sunday, May 5, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Persimpangan lampu isyarat di Jalan Utama Berakas ditutup sementara

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 APRIL – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan kepada orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara jalan raya di persimpangan lampu isyarat J66 Jalan Utama Berakas / Jalan 10 Utara pada 25 April hingga 2 Mei dari pukul 11 malam hingga 4 pagi, tertakluk kepada keadaan cuaca.

    JKR menyatakan penutupan sementara jalan berkenaan adalah bagi membolehkan kerja-kerja pemasangan loop sensor dilaksanakan.

    am hubungan itu, para pengguna jalan raya dinasihatkan untuk memperlahankan kenderaan, mematuhi papan tanda arahan jalan raya serta sentiasa mematuhi had kelajuan yang telah ditetapkan ketika melalui kawasan berkenaan.

    Penutupan sementara jalan raya di persimpangan lampu isyarat J66 Jalan Utama Berakas / Jalan 10 Utara. – GAMBAR SERAHAN JKR

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...